*pics taken with SEK610I
Baru baru ni kan, Sugarbun ada burger baru. Baru Je "launch" 2 hari lalu. burger sate.Burger ala-ala Malaysia la tu.. Sugarbun tu restoran makanan segera yang ada kat sabah dan sarawak ajer.
Hari tu kan.. lepas mereka launch ajer , saya dah cuba. kebetulan ajer lalu di situ. Pelayan tu asyik "mengembar-gemburkan" burger Sate mereka. saya pun cuba lah.
harga agak berpatutan kalau order combo punyer. RM 4.80 ajer untuk burger ngan teh 3 layer. Untuk pembaca semenanjung , teh 3 layer tu.. minuman "istimewa" kat Kuching. Teh tu ada buboh gula melaka. syiok giler.
ini la gambar burger tu.
rasa burger tu boleh tahan la. daging ayam tu rangup sikit sikit. satay sos pun letak agak banyak. daging ayam juga agak tebal.
nila minuman teh 3 layer tu. memang kegemaran i la. i suka giler minuman ni.
burger ni memang boleh cuba. hari tu kan, lepas makan satu set kat restoran , i tapau lagi tau. so memang guarantee sedap punya. :P
No comments:
Post a Comment